Dilema Pengurus OKU

Pada 18 Jun 2008, saya berasa gembira apabila ditawarkan kerja sebagai Pengurus di Syarikat Herba Traditional S/B. Pada 19 Jun 2008, bermulalah kerja saya sebagai pengurus. Bayangkan kalau anda seorang OKU yang sudah tidak mempunyai ayah dan ibu, mendapat kerja sebagai Pengurus sebuah syarikat swasta dan dijanjikan gaji sebanyak RM1,200 sebulan, anda nak tak? Kalau saya tentu aja saya nak.

Pada 23 Jun 2008, disebabkan pengarah syarikat menghadapi masalah kewangan, maka kerana kasihan dan ingin meringankan bebannya, saya telah meminjamkan wang sebanyak RM 1,800 yang belum saya masukkan ke dalam akuan bank kepadanya.

Pada 8 Julai 2008, saya dengar bos dah bayar upah kepada pekerja - pekerja lain bagi jumlah hari bekerja pada bulan Jun. Kenapa saya tak dapat? Bos cakap, dia nak 'letak' saya di barisan Lembaga Pengarah. Jadi, wang yang dah saya berikan sebelum ini dan gaji saya akan 'dilaburkan' ke syarikat sehingga cukup RM 10 ribu, sebelum saya disahkan menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah.OK... saya pun ikut kata bos.

Pertengahan bulan Julai, saya hadapi masalah kewangan sebab duit elaun OKU saya ada masalah pembayaran sejak arwah ayah saya meninggal dunia pada 1 Mac 2008. Oleh sebab, selain saya, hanya arwah ayah sahaja yang boleh mengeluarkan duit menggunakan surat kebenaran JKM. Jadi, bila arwah ayah dah tiada, saya menunggu hampir 3 bulan untuk dapatkan surat kebenaran baru dengan nama adik saya (sebab saya berada di Gombak, jadi payah sikit nak ambil kat BSN terdekat. Jadi, kenalah adik saya yang kat Penang yang ambilkan tiap - tiap bulan).

Lepas dapat surat kebenaran dari JKM pada bulan Jun, timbul masalah lain pula. Pegawai JKM kat Komtar (Penang) cakap, duit elaun bagi bulan Januari (lagi RM100), Bulan Mac (RM300), April (RM300) dan Mei (RM300) tak dapat claim sebab dah habis tempoh bila saya nak tuntut pada bulan Jun. Apa nak buat? Nak bertekak banyak pun tak guna. Adik perempuan saya yang uruskan sehingga sekarang pun tak selesai lagi. Saya dah pasrah. Saya anggap ini hanya ujian Allah swt kepada saya.

Jadi, saya terfikir untuk dapat wang kat mana? Jadi, saya pinjamkan balik dari bos sebanyak RM 700 untuk beli alatan perubatan saya seperti pampers, gauze dan sebagai.

Pada 4 Ogos 2008, bos mintakan saya untuk mengira gaji 3 orang pekerja syarikat yang sedia ada sahaja. Saya tertanya dalam hati, kenapa 3 orang sahaja? Kenapa bukan 5 orang kerana yang sedang bekerja sehingga semalam (5 Ogos 2008) adalah 5 orang termasuk saya. Kenapa saya dan Cikgu tak termasuk sekali ka? Bagaimana pula dengan baki gaji 4 orang pekerja yang dah berhenti sebelum ni? Bos cakap tak payah buat... Tapi, saya degil... saya buat kiraan juga bagi semua pekerja. Dan saya serahkan pada bos tengah hari semalam.

Saya tengok bila Bos terima, dia mengeluh panjang. Dia cakap cara saya kira tak kena. Tak kena kat mana? Saya ambil gaji pokok pekerja, bahagi dengan bilangan hari yang sepatutnya diorang bekerja dan darab dengan hari diorang bekerja. Kemudian saya kira jam mereka bekerja tolak dengan jam yang sepatutnya dan darabkan dengan caj OT (overtime). Salah ka?

Tapi, bos tetap cakap tak betul. Kalau boleh, dia nak kurangkan lagi kos gaji pekerja. Saya tak berapa setuju la dengan cara tu. Pada saya, pekerja dah bersusah payah dan berkorban siang malam untuk syarikat. Tak kan nak aniaya mereka macam tu? Jumlah keseluruhan gaji pekerja yang saya kira adalah dalam RM 5 ribu lebih sikit aja.... banyak sangat ka? Sedang bos mengenakan caj kepada seorang pesakit ada yang sampai RM 6 ribu. Pi mana duit tu...???

Jadi, saya cakap kat Puan Pengarah (isteri Bos), saya nak berhenti la Puan. Saya TIDAK berapa setuju dengan pengurusan Bos. Antaranya :-
  1. Duit syarikat dicampur aduk dengan duit peribadi untuk urusan pembelian barangan peribadi.
  2. Jumlah urusan kewangan tidak 100% diberitahu / dicatit ke akaun.
  3. Keputusan mesyurat tidak pernah nak ikut walaupun dah hampir 10 kali mesyuarat sejak 19 Jun 2008.
  4. Mengerah tenaga pekerja walaupun bukan kerja mereka tetapi upah tak mau bagi.
  5. Tidak pernah jujur dalam berbicara. Hari ni cakap lain, esok buat lain.
  6. Kaki perempuan. Walaupun dah pernah kawin sampai 18 kali, dah ada seorang isteri, masih mengorat perempuan lain lagi.
  7. Panas baran terhadap pekerja.
  8. Tidak menghargai pekerja.
  9. Tidak pernah nampat solat waktu. Solat Jumaat (selama saya bekerja) tak pi masjid pun.
  10. Merokok di tempat kerja dan di hadapan pekerja yang tidak merokok.
  11. Suka berkelahi dengan anak bini dan pesaing terdekat
  12. Tidak pernah tetap dalam membuat keputusan.
  13. Gaji lambat bayar.
  14. Saya dah tak sanggup bersubahat melakukan perintah bos yang tidak berapa nak betul. :(
Puan cakap sabar dulu. Kemudian, Puan nak pinjam laptop saya untuk online ke internet. Rupa - rupanya Puan check emel Bos. Puan mendapati Bos telah menghantar emel kepada beberapa nama perempuan (mungkin yang Bos dapat kat MyJodoh.Net kot). Sedang Puan dan saya semak emel tu, tiba - tiba saya tersedar Bos berada di belakang.

"Ini ka kerja hang pa?" Bos tengking kami.

Kemudian, Bos tampar Puan. Anak Puan yang berumur 20 tahun kat, "Mak, jom kita balik..."

"Hang jangan kurang ajar dengan aku" Tengking Bos pada anak tirinya itu. Lepas tu dia cekau rambut anak tirinya. Bila Puan nak tolong anaknya, terus ditarik Puan sekali ke dalam bilik. Saya pun menjadi takut. Terus saya kemas barang saya dan suruh 'budak' staff tolak saya ke bilik saya. Semasa saya melintas bilik Bos, saya lihat Bos sedang memijak kepala Puan dan menekan rambut anak Puan.

"Hang pa jangan nak kurang ajar dengan aku...." Saya tak dengar apa lagi kerana rasa takut melihat kemarahan Bos itu di depan mata. Sayup - sayup saya dengar suara anak Puan meminta tolong. Apa yang saya mampu lakukan?

Hari ni, saya nekad untuk berhenti. Surat letak jawatan akan saya serahkan pada petang ini juga. Tiada apa yang dapat mengubah keputusan saya setelah saya sudah membuat keputusan muktamad.

Jumpa lagi di syarikat baru saya yang akan berkembang maju, insyaallah ... Syarikat baru saya bernama VALINA RABBITARY AGRO FARM atau singkatannya adalah VRAF.

Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori)

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Hubungi saya :

Badruzamani Azmi
Manager
Valina Rabbitary Agro Farm
Bilik 132
Anjung Rahmat Inn
Batu 6, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, 53100
Malaysia
Mobile: 0134177752
badruzamani_azmi@yahoo.com
nak KAYA kena ada DUIT
Visit MyBlogLog and get a signature like this!