TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.
Persoalannya, "Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu" atau "apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?"
Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:
Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
"Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah." Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.
Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: "Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis."
Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.
Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: "Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja."
Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: "Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya..."
Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: "Lain kali sahajalah kita pergi."
Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: "Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua."
Hanya menemani
"Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?" Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: "Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi."
Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. "Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya... kenapa nih.
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.
Labels: lelaki
Langkah membuat ketupat bawang (teknik dari kanan ke kiri)
- Lilit tiga kali kedua-dua helai daun kelapa muda itu di jari kiri (pangkal menghala ke bawah) dan kanan (menghala ke atas) seperti dalam gambar.
- Daun kanan pada lilitan pertama ditindih di atas daun kiri (mula dengan atas, kemudian bawah dan atas) secara bersilang. Daun kedua sebelah kanan dimasuk sebelah bawah ke kiri begitu juga yang ketiga sebelah atas ke kiri.
- Kemaskan teknik bersilang itu hingga menjadi seperti rangka seekor ikan. (sirip ikan atas dan bawah serta ekor yang panjang di belakang).
- Silangkan ekor daun dari kanan ke kiri secara bersilang (ekor daun mesti sebelah kanan) hingga ke mulut 'ikan'.
- Satu lagi ekor daun dibuat teknik sama dari kanan ke kiri hingga ke mulut 'ikan'.
- Wajah daun ketupat akan nampak seakan bentuk muka makhluk asing (dua telinga terkeluar serta berjanggut).
- 'Telinga' ketupat sebelah kanan dimasuk secara bersilang antara dua petak dari kanan ke kiri. Begitu juga 'telinga' ketupat sebelah kiri. Tarik dengan kemas lebihan daun atau daun kembung pada bahagian tengah ketupat.
- Ketupat yang sudah siap dianyam.
Labels: DIY
Firman Allah: 'Sesungguhnya kami turunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar. Dan apa caranya engkau mengetahui apa dia kebesaran malam itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu (yang berkat itu sehingga terbit fajar' - surah al-Qadar:1-5
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah pada malam-malam terakhir Ramadan adalah dengan melipat gandakan amalan ibadah. Tegas Rasulullah dalam sebuah hadis: 'Rasulullah pada malam-malam sepuluh yang terakhir Ramadan memperiratkan ikatan kainnya dan bangun semalaman dan mengejutkan keluarganya' - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Ini bererti Rasulullah menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan banyak melakukan solat dan zikir. Tegas Aisyah: 'Adalah Rasulullah bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir (dari bulan Ramadan) melebihi kesungguhan pada malam-malam yang lain' - hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
|
|
Qiamullail atau solat Tahajud atau solat malam adalah merupakan ibadah yang amat dituntut terutamanya pada bulan Ramadan. Firman Allah: 'Dan bangunlah pada sebahagian waktu malam dan kerjakanlah (solat tahajud)padanya, sebagai solat tambahan bagi mu; semoga Tuhan mu membangkitkan dan menempatkan mu pada hari akhirat di tempat yang terpuji' - surah al-Isra' : 79.
Rasulullah menegaskan: 'Solat yang paling utama sesudah solat fardu adalah qiamullail (solat pada tengah malam)'- hadis Mutafaqun alaih. Sementara itu, amalan berdoa juga merupakan amalan yang baik. Rasulullah menegas: 'Pada waktu malam terdapat satu saat di mana Allah akan mengkabulkan doa setiap malam' - hadis riwayat Muslim.
Dalam pada itu, kita sepatutnya menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang di luar tuntutan yang menjadi amalan Rasulullah. Namun, saat akhir Ramadan masa yang paling sibuk bagi kebanyakan orang untuk mengadakan persiapan dan sambutan hari raya.
Masjid yang pada awalnya begitu imarah sekali, mungkin mula kembali sepi dengan jemaah. Ironinya, para suri rumah tangga pula terpaksa bersengkang mata untuk menyediakan juadah hari raya yang akan disambut dalam jangka masa sebulan pada bulan Syawal.
Apa pun yang kita lakukan, jadikan Ramadan kali ini untuk kita menilai kembali sejauh manakah pencapaian kita dalam aspek kesabaran dan kawalan emosi.
Labels: renungan
Apakah cara terbaik dalam menangani dan melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa penderaan seksual?
DALAM menangani isu berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling antara golongan yang perlu dipertanggungjawabkan.
Apakah yang boleh kita katakan sekiranya kesucian seorang kanak-kanak itu dinodai? Atau apabila seorang kanak-kanak dicabuli tanpa belas kasihan? Atau apabila seorang kanak-kanak didera dengan cara kekerasan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan?
Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu berkaitan penderaan seksual kanak-kanak kian berleluasa. Tidak kira tempat, situasi mahupun keadaan, pasti akan berlaku tanpa diketahui punca dan sebabnya.
Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah kanak-kanak itu sendiri ataupun ibu bapa, guru dan pihak berkuasa?
Terdapat banyak kemungkinan yang menjadi persoalan kita hari ini. Namun, permasalahan yang berlaku itu turut melibatkan bantuan dan sokongan seluruh anggota masyarakat.
Menurut jurulatih merangkap pegawai pencegahan di P.S The Children, Wong Lai Cheng, ibu bapa dan orang awam seharusnya memainkan peranan penting dalam menangani masalah berhubungan penderaan seksual kanak-kanak.
Pengisian diri dengan maklumat tambahan berkaitan isu semasa dan memahami definisi penderaan seksual kanak-kanak serta cara pencegahannya, antara elemen penting yang perlu diketahui.
Katanya, penderaan seksual terhadap kanak-kanak berlaku apabila seorang, sama ada tua ataupun muda, lelaki mahupun perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya.
"Ia boleh membabitkan paksaan, penipuan atau ancaman ke atas kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seks. Penderaan sebegini boleh berlaku dalam bentuk fizikal atau bukan fizikal dan boleh meliputi satu rangkaian perilaku seks.
"Antaranya seperti persetubuhan melalui faraj atau dubur, memasuki objek ke dalam lubang faraj, mulut atau dubur, melakukan seks oral, panggilan lucah, mendedahkan bahagian sulit ataupun mengintai," ujarnya.
Paling penting katanya, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak hal berkaitan pendidikan seksual sejak kecil lagi, ketika mereka mula bercakap.
"Mulakan dengan pengenalan pada bahagian luaran anggota dan dalaman badan. Jangan sesekali berasa malu untuk menyatakan perkara yang melibatkan anggota kemaluan.
"Selain mendedahkan maklumat mengenai pengenalan diri, ibu bapa mahupun guru perlulah membangkitkan kesedaran dan keyakinan terhadap diri mereka dan anak-anak menerusi kemahiran yang boleh dipraktikkan," katanya ketika ditemui KOSMO!.
Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu menitikberatkan tiga perkara penting mengenai kawalan keselamatan diri kanak-kanak.
Antara komponen utama yang perlu dijelaskan kepada mereka dengan sentiasa berkata tidak, melarikan diri dan memberitahu perkara yang berlaku.
"Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya mendedahkan kepada mereka tentang peraturan menyentuh. Ajar kanak-kanak bahawa adalah salah sekiranya membenarkan orang lain memegang atau menyentuh bahagian sulit badan melainkan membersih dan menjaga kesihatan mereka.
"Dan salah sekiranya orang yang lebih besar atau tua menyuruh kamu memegang atau menyentuh bahagian sulit badan mereka," tegas Lai Cheng.
Sekiranya ia berlaku, ajar kanak-kanak memberitahu kepada orang yang boleh dipercayai dan jangan sesekali merahsiakan perkara tersebut.
Antara tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa sekiranya anak mereka mula memberitahu:
Percaya
Kanak-kanak jarang sekali mengadakan cerita apatah lagi menggembar-gemburkannya. Mereka tidak berani untuk menceritakan sesuatu kerana bimbang tiada siapapun yang akan percaya kepada mereka.
Mempercayai kanak-kanak adalah langkah utama dalam membantu mengatasi trauma yang dialami. Kata-kata seperti, 'saya percayakan kamu' atau 'itu bukan salah kamu' akan memulihkan semangat mereka untuk bercerita.
Bertenang
Kanak-kanak mungkin menyalah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai suatu perkara yang menjijikkan. Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka.
Kata-kata yang menyakinkan seperti, 'kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama' atau 'kita harus lakukan sesuatu' boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.
Beri keyakinan
Kanak-kanak yang didera sering bermain dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera.
Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan yang terpendam. Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas.
Kata-kata seperti, 'saya tahu ia bukan mudah untuk diterima' dan 'awak memang berani untuk mendedahkannya' dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Membimbing kanak-kanak menghadapi situasi seterusnya.
Kanak-kanak yang didera akan berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia menghulurkan bantuan.
Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan.
Beri sokongan
Bercakap tentang penderaan boleh menjadikan mereka trauma seperti kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberikan sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. Yakinkan kanak-kanak tersebut bahawa anda akan sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda dan bersama-sama menempuhinya.
Laporkan kes penderaan
Ini adalah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Dinasihatkan supaya membuat laporan dalam masa 72 jam.
Labels: pendidikan
Selepas bersahur ala kadar dengan nasi ayam semalam yang sudah dipanaskan, saya pun mandi. Selesai mandi, saya bersiap untuk memakai baju. Kedengaran dari masjid berhampiran solat Subuh.
Selepas memakai beg Colostomy, saya pun berpusing untuk memasang kapas pada luka.
"Alamak....kenapa darah banyak sangat?"
Ku dapati darah hampir memenuhi kain pelekat yang ku buat lapik dan underpad (blue linen). Serentak dengan tu, kepala ku hampir 'pusing'. Cepat - cepat ku meniarap dan menyudahkan kerja ku. Selepas tu, aku pun memakai pampers dan kain pelekat baru, bersiap untuk solat Subuh.
Selesai solat, jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 pagi. Aku pun ONkan laptop LENOVOku untuk membuat kerja sedikit. Setelah jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi, aku pun cepat - cepat shutdown laptop ku dan keluar menunggu Van Mobiliti yang sudah berjanji nak mengambilku untuk ke PPUKM. Van datang sekitar 8.30 pagi.
Setelah sampai di lobi PPUKM, aku pun cepat - cepat bergerak ke klinik Urologi yang tidak jauh dari ruang lobi. Setelah mendapat nombor giliran, (aku dapat nombor 1064) aku pun ke mini 'shop' untuk membeli surat khabar. Kemudianku kembali ke klinik. Nombor di 'display board' menunjukkan nombor 1009. Tu dia...masih lama lagi, baik aku baca surat khabar dulu.
Baca 5 helai muka surat khabar habis ku baca, kepalaku rasa sedikit pening (macam nak pitam). Aku pun menyandarkan kepalaku ke dinding. Perbuatanku itu rupanya menarik perhatian seorang jururawat. Setelah melihat lama ku berkeadaan sebegitu (rupanya wajahku juga kelihatan pucat tanpa ku sedari), dia pun bertanya nombor giliranku. Nombor di 'display board' baru menunjukkan nombor 1038.
Tak lama kemudian, seorang MA (abang Wan) menolak ku masuk ke dalam bilik doktor. Doktor menanyaku ringkas dan mencatat sesuatu di atas kertas berwarna biru. Kemudian, dia nak periksaku di atas katil. Selepas itu, dia suruh ke bilik rawatan untuk tukar CBD.
Setelah selesai, dia memberiku 2 keping surat berwarna biru. Satu untuk doktor Orthopedik dan satu untuk bahagian Kecemasan. Aku tidak berapa faham apa dia tulis. Kemudian, ku pun pergi ke Unit Kecemasan PPUKM. Ku memberi surat tersebut kepada seorang pemuda (pendaftar kat kaunter kecemasan tu), kemudian dia suruhku ikut dia. Aku pun mengikutnya dari belakang dengan perlahan - lahan kerana agak kurang bermaya sikit (rasa letih).
Kemudian, dia bercakap dengan seorang doktor perempuan. Doktor itu pun mula bertanya keadaanku. Aku menjawab ringkas. Dia pun memeriksa tekanan darah, mata dan mengambil darah untuk di hantar ke makmal.
Kemudian, aku diangkat naik katil. Mulalah seorang jururawat memasukkan air (IV drip) dan memasang pelbagai wayar kat jari, lengan dan dadaku. Aku rasa bestnya dapat tidur kat katilku. Aku dah tak peduli apa yang berlaku kat sekelilingku.
Lama juga rupanya ku tidur. jam sudah menunjukkan hampir 5 petang. Seorang doktor lelaki datang kepada ku dan berkata, "BP (blood pressure) awak agak OK la walaupun atas 105 dan bawah 75. Tapi, HP awak agak rendah sangat. Cuma 6.3. Jadi, awak kena ditahan terlebih dahulu".
Kini, sudah 2 hari ku berada di Katil 16, Wad Orthopedik, Tingkat 4, PPUKM. Sehingga kini, sudah 2 pain darah O sudah dimasukkan sejak malam pertama ku di wad. Kemudian, hari ni seorang kawanku telah membawa laptopku ke sini. Baru la dapat online. Kalau tidak, tentu ku boring duduk kat wad. Sekian.
Labels: diari
Apapun alasan mereka, ibu bapa perlu mencari punca masalah agar anak anda tidak terjebak dalam kes yang lebih teruk.
ANAK anda menyiapkan kerja rumah tepat pada masanya dan membantu membersihkan meja selepas makan. Tetapi percayakah anda bahawa anak yang sama mungkin mencuri?
Sebelum anda melakukan apa-apa, adalah lebih baik anda mengetahui mengapa si anak mencuri dan bagaimana anda boleh membantu.
Terdapat pelbagai sebab mengapa kanak-kanak atau anak remaja anda mencuri.
*Kanak-kanak adakalanya mengambil barang tanpa memahami ia adalah perbuatan yang salah. Segelintir daripada mereka pula mungkin merasakan terlalu sukar untuk menahan godaan benda yang disukai.
*Anak yang sudah mencecah usia remaja tahu mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan diharamkan agama. Tetapi mungkin juga mereka mencuri kerana keseronokan atau mungkin sebab pengaruh rakan sebaya. Ada antara mereka yang percaya mereka tidak akan ditangkap dan tidak kurang juga yang mencuri sebagai tanda memberontak.
Selain itu, terdapat juga sebab yang lebih kompleks mengapa perbuatan itu dilakukan. Ada yang berkemungkinan sengaja berbuat demikian untuk menarik perhatian ibu bapa. Tindakan mereka boleh mencerminkan sesuatu masalah atau tekanan yang dihadapi di sekolah mahupun di rumah.
Dalam sesetengah kes, remaja mencuri bagi membalas dendam terhadap penderaan fizikal yang dialami di rumah. Terdapat juga kes di mana anak remaja mencuri kerana mereka tidak mampu membayar apa yang diperlukan seperti jam berjenama.
Apa sekali pun alasan mereka, ibu bapa perlu mencari punca masalah agar anak anda tidak terjebak dalam kes yang lebih teruk seperti penagihan dadah.
n Apakah yang perlu saya lakukan?
Apabila seseorang anak remaja ditangkap kerana mencuri, ibu bapa perlu mengenal pasti sama ada ia pertama kali dilakukan atau sudah mempunyai rekod yang panjang.
Kepada anak yang lebih kecil, ibu bapa boleh membantu mereka memahami bahawa perbuatan mencuri itu salah. Misalnya, jika anak anda mencuri gula-gula, minta si anak supaya pulangkan kembali kepada tuannya. Tetapi, andainya gula-gula itu sudah dimakan, anda boleh membawa anak kembali ke tempat asal untuk meminta maaf.
|
|
Terangkan kepada anak bahawa memulangkan barangan yang telah dicuri adalah satu perbuatan yang mulia.
Apabila anak remaja mencuri, ibu bapa disarankan bersikap lebih tegas ketika menghadapi situasi ini.
Perasaan malu si anak ketika berhadapan dengan perbuatannya sendiri akan memberi pengajaran berguna pada masa akan datang.
Hukuman tambahan khasnya yang melibatkan keadaan fizikal tidak perlu dan kemungkinan akan membuatkan si anak bertambah marah serta bertindak di luar jangkaan.
Ibu bapa perlu ingat bahawa mencuri barang di kedai bukan sekadar kes kecurian biasa yang boleh diakhiri dengan ungkapan maaf. Ia adalah satu perbuatan jenayah yang boleh menjurus kepada akibat teruk seperti dimasukkan ke penjara atau pusat pemulihan juvenil.
Andainya si anak mencuri duit ibu bapanya, dia perlu menerima hukuman sama ada memulangkan wang tersebut atau melakukan kerja-kerja rumah tambahan.
Perlu diingatkan, ibu bapa jangan sesekali 'mengumpan' anak dengan sengaja meletakkan wang di merata-rata tempat dengan harapan dapat menangkap perbuatannya.
Tindakan ini boleh menjejaskan kepercayaan antara ibu bapa dan anak.
n Anak terus mencuri
Sekiranya anak masih tidak insaf dan meneruskan niat mencuri, anda sebagai ibu bapa mungkin memerlukan bantuan profesional. Kesalahan yang berulang mungkin memberi petanda kepada sesuatu masalah yang lebih besar.
Satu pertiga daripada juvenil yang ditangkap mencuri barangan di kedai berkata, mereka menghadapi kesukaran untuk menghentikan perbuatan tersebut.
Jadi, adalah penting untuk anak remaja anda memahami mengapa perbuatan mencuri adalah salah dan boleh membawa kesan buruk dalam jangka masa panjang.
Antara mereka yang boleh menghulurkan bantuan untuk membantu anda dan anak menangani masalah ini termasuk:
*Pakar terapi keluarga atau kaunselor.
*Doktor panel keluarga.
*Kaunselor sekolah.
*Badan bukan kerajaan yang mungkin boleh menyediakan maklumat untuk membantu.
Biarpun kebanyakan tindakan mencuri mungkin didorong oleh keperluan atau pengaruh rakan sebaya, dalam sesetengah kes, jarang seseorang berkemungkinan mencuri kerana menghidap kleptomania.
Kleptomania merupakan sejenis gangguan penyakit dan antara punca bagi sebilangan kecil kes yang melibatkan kecurian di kedai. Mereka yang menghidap gangguan ini gagal menepis godaan dan kecenderungan mencuri biarpun nilai objek yang diminati tidak seberapa.
Individu seperti ini biasanya akan membuangkan objek yang dicuri dan turut mengalami gangguan pemakanan serta personaliti yang lain.
Apa sekali pun puncanya, ibu bapa perlu mengambil tindakan segera apabila mendapati perbuatan mencuri si anak sudah mencapai tahap kritikal. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.childdevelopmentinfo.com.
Labels: tips
DALAM membicarakan suasana kerja yang kondusif dan selesa, ramai terlepas pandang kepada orang kurang upaya (OKU) yang turut menyumbangkan tenaga mereka untuk pembangunan negara.
Mengikut statistik terdapat 220,250 golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Disember tahun lalu.
Daripada jumlah tersebut, 581 orang bekerja sebagai kakitangan awam dan dipercayai lebih 6,000 bekerja di sektor swasta.
Biarpun dipandang daripada angka tersebut tidak ramai golongan OKU bekerja, namun itu tidak bermakna kebajikan mereka langsung dipandang sepi.
Cuba anda bayangkan, selesakah golongan itu berada di tempat kerja masing-masing apabila rata-rata bangunan di negara ini tidak begitu mementingkan laluan untuk OKU terutama yang berkerusi roda.
Adakah mereka juga boleh bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam? Perkara ini turut perlu diambil kira semua pihak terutama kerajaan.
Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya, Bathmavathi Krishnan berkata, golongan OKU sebenarnya berhadapan dengan lebih banyak diskriminasi berbanding orang biasa.
Golongan ini seolah-olah halimunan. Kewujudan mereka tidak dipandang oleh masyarakat dan suara mereka juga tidak didengari, biarpun hakikatnya semua sedar akan kehadiran golongan tersebut dalam kelompok masyarakat.
Katanya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kemudahan dan peluang pekerjaan diwujudkan untuk wanita luar bandar, tetapi tidak kepada wanita OKU.
“Itulah sikap masyarakat kita yang meletakkan golongan OKU di kedudukan paling rendah dalam masyarakat.
“Sedangkan ramai wanita OKU yang bekerja. Menjadi guru, peguam, usahawan dan tidak kurang juga pekerja am biasa.
“Biar mereka tidak sempurna dan tidak juga ‘dipandang’, tetapi mereka turut menyumbang kepada negara,’’ katanya.
Bathmavathi mendedahkan perkara itu kala mengupas topik berkaitan membentuk suasana kerja kondusif dan selesa di masa depan dalam perbincangan meja bulat di kalangan wanita yang menghadiri Sidang Kemuncak Wanita baru-baru ini.
Justeru kata Bathmavathi, sikap masyarakat perlu berubah di samping mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan mudah dilalui terutama bagi OKU yang menggunakan kerusi roda.
Jelasnya, masyarakat masih memupuk budaya tidak memandang mereka yang berkerusi roda menyebabkan sukar untuk golongan itu bergerak bebas di kebanyakan tempat.
Beliau berkata, dengan persekitaran kerja yang terbatas itu, sukar untuk golongan OKU bekerja biarpun hakikatnya mereka layak.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kawasan Timur bagi Perancangan dan Perumahan (EAROPH), Khariah Talha pula menambah, bangunan-bangunan yang dibina di negara ini kurang mengambil kira tentang golongan OKU dan tidak ketinggalan warga emas.
Sambil menayangkan satu gambar bangunan baru di Shah Alam, Khairiah melahirkan rasa kecewa apabila melihat pembinaan laluan untuk mereka yang berkerusi roda di bangunan itu dibuat sambil lewa.
Apa tidaknya, di akhir laluan tersebut terdapat lubang longkang besar yang ditutup jaring besi. Sesuaikah ia diletakkan di hujung laluan tersebut?
“Cuba fikir, macam mana kerusi roda hendak melalui laluan itu jika akhirnya rodanya akan termasuk dalam jaring-jaring besi berkenaan.
“Sedangkan, kita yang normal pun takut hendak melaluinya, apatah lagi golongan tersebut dan warga emas,’’ ujar Khairiah.
Sebaiknya kata beliau, Malaysia mengubah corak pembangunannya dengan mewujudkan segalanya dalam satu kawasan.
Contohnya, bangunan dibina dengan pusat membeli-belah di bahagian bawah dan kediaman berada di atasnya.
Jelasnya, bukan hanya sebuah bangunan tetapi satu kawasan mempunyai pembangunan bercampur seperti itu.
“Tetapi, di Malaysia rata-ratanya terpisah. Kawasan perumahan letaknya jauh dari kawasan komersial.
“Kalau adapun, kediaman itu dijual pada harga yang tidak mampu dimiliki semua orang. Sedangkan di Melbourne, Australia, pembangunan seperti ini telah diwujudkan dengan kediaman dijual dengan harga yang berpatutan,’’ katanya.
Hasil penerangan ringkas tetapi cukup berisi daripada para penceramah serta perbincangan meja bulat tersebut telah menyarankan agar kerajaan menyediakan persekitaran kerja yang selesa merangkumi kemudahan asas termasuk pengangkutan awam yang murah dan mudah digunakan oleh semua golongan masyarakat.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut menekankan perlunya diwujudkan kemudahan lain berdekatan dengan tempat kerja umpamanya bank dan klinik yang juga perlu dibangunkan bersama dalam kawasan perumahan agar golongan seperti OKU tidak perlu bergerak jauh untuk menjalankan urusan masing-masing.
Selain itu, mereka turut menyarankan agar keselamatan awam dipertingkatkan di samping mengambil kira aspek kebersihan kerana kurangnya aspek keselamatan dan kebersihan hanya akan menimbulkan tekanan buat wanita.
Labels: oku
Pemergian allahyarham Pak Samad ibarat satu kehilangan permata berharga dalam dunia kewartawanan. Beliau merupakan tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.
Pak Samad, yang memang dikenali dalam dunia persuratkhabaran dan sastera tanah air kerana jasa yang dicurahkan begitu terlalu berharga sekali, meninggalkan 10 anak termasuk bekas wartawan Nuraina dan Maria, selain 26 cucu serta empat cicit. Isteri pertamanya, Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
Pak Samad dilahirkan di Singapura pada 18 April 1924, adalah satu-satunya wartawan Melayu yang kerjayanya merentangi penjajahan British, pemerintahan tentera Jepun dan zaman kemerdekaan.
Beliau yang dipanggil 'Chomel' oleh ayah dan ibunya sejak kecil, kemudian menjadi wartawan pejuang hingga tiga kali ditahan, dua kali dalam masa penjajahan dan sekali lagi kira-kira 20 tahun selepas merdeka.
Pak Samad yang lulus Senior Cambridge pada 1940, sepatutnya melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ayah dan ibunya tidak sanggup berpisah dengannya lalu beliau membuat keputusan untuk berkhidmat sebagai pelatih dengan akhbar Utusan Melayu pada 1941 ketika berusia 16 tahun.
Tiga bulan beliau berbasikal ke Utusan Melayu tanpa gaji. Tiga kali beliau disumbat ke penjara tanpa dihakimi atau disabitkan, tetapi setiap kali itu juga beliau kembali bingkas mengetuk mesin taipnya.
Beliau bekerja di bawah kepemimpinan Bapa Wartawan Melayu, Abdul Rahim Kajai dan ketika pendudukan Jepun, Pak Samad dilantik sebagai Penolong Pengarang Utusan Melayu. Apabila Utusan Melayu ditukar menjadi Berita Malai, beliau kekal dengan jawatannya. Sekitar 1944-1945, beliau dilantik sebagai Pengarang Berita Malai apabila Ishak Haji Mohamad berhenti menjadi pengarang akhbar itu.
Apabila Jepun menyerah diri pada 1945 dan British kembali memerintah, Pak Samad ditahan di penjara atas tuduhan menghasut rakyat ketika pendudukan Jepun. Beliau disoal siasat oleh pegawai perisikan tentera di Penjara Outram atas tuduhan menulis berita dan rencana anti-British.
Pak Samad menganggap pengalamannya itu begitu pahit sekali kerana isterinya sedang mengandung anak pertama. Akhirnya selepas perbicaraan, Pak Samad dibebaskan dan beliau kembali berkhidmat dengan Utusan Melayu sebagai penolong pengarang pada 1946 di bawah Yusof Ishak (bekas Presiden Republik Singapura).
Pada 1951, Pak Samad ditangkap oleh British di bawah Undang-undang Darurat ekoran daripada Peristiwa Natrah dan dibebaskan dua tahun kemudian. Beliau kemudiannya berkhidmat semula dengan Utusan Melayu sehingga 1958. Selepas itu, beliau berkhidmat dengan akhbar Straits Times Singapura dengan memegang jawatan sebagai Pengarang Berita Harian.
Edisi Berita Harian di Kuala Lumpur yang dilancarkan pada 1 Julai 1957 pada mulanya adalah terjemahan berita dan rencana yang disiarkan dalam Straits Times. Segala-galanya berubah apabila Pak Samad pindah ke Kuala Lumpur.
Pelbagai berita dan rencana, termasuk mengenai sidang Parlimen ditulis oleh pemberita Berita Harian sendiri. Beliau juga melantik ramai pemberita wakil negeri dan daerah.
Kemudiannya pada 1972, Pak Samad dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan di New Straits Times. Pada 1976, beliau ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri kerana dituduh bersimpati dengan komunis sehingga dibebaskan pada 1981.
Pada 1982, beliau dipanggil semula oleh New Straits Times untuk menjadi Penasihat Sidang Pengarang sehingga persaraannya pada Jun 1988. Pada 2000, Pak Samad dilantik semula sebagai Penasihat Jabatan pengarang.
Pak Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1991-1993), kemudian mulai Oktober 1993, beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Penulisan Universiti Malaya.
Beliau juga dikenali sebagai penulis novel yang terkemuka. Antara hasil karyanya ialah novel Patah Sayap Terbang Jua, Hussein Zed, Kail Panjang Sejengkal, Orang Jauh, Tembok Tidak Tinggi, Detik-Detik Cemas dan Menimba Yang Jernih.
Antara antologi cerpen Pak Samad pula ialah Mastura dan Temasya Tinta. Pak Samad juga menulis buku mengenai kewartawanan dan penulisan, iaitu Kursus Wartawan dan Mengasah Bakat.
Atas jasanya itu, Pak Samad dianugerahkan pingat Panglima Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1992 yang membawa gelaran Tan Sri.
Dalam bidang politik, Pak Samad pernah menyandang jawatan Presiden Kesatuan Melayu Muda pada 1945. Pada 1953, beliau pernah bersama-sama bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menaja menubuhkan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Pada 1958, beliau berhenti daripada parti itu untuk menjadi anggota Umno Singapura sebagai Pengerusi Tetap.
Sepanjang kerjayanya, Pak Samad pernah dianugerahkan gelaran Pejuang Bahasa Kesusasteraan pada 1976; Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1987; Tokoh Wartawan Negara pertama pada 1988 oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI); Anugerah Wartawan Cemerlang Kebangsaan oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia pada 1996 dan Anugerah Ramon Magsaysay pada 1994.
Kehilangannya semalam yang berselang beberapa hari dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 begitu menyentuh kerana Pak Samad adalah antara anggota rombongan delegasi negara ke London pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan.
Malah, pembabitannya dalam sejarah negara tidak boleh diperkecilkan walaupun peranannya banyak di belakang tadbir, begitu juga dengan kemerdekaan Indonesia dan dalam merapatkan semula hubungan antara Malaysia dan Indonesia semasa konfrontasi.
Jenazah Pak Samad dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya malam tadi dan akan dikebumikan di Bukit Kiara selepas sembahyang Jumaat hari ini.
Marilah kita sama - sama bertafakur sejenak / sedekahkan al - fatihah buat roh Pak Samad. Amin.
Sumber : Berita Harian Online
Labels: ucapan
Walaupun berkonsepkan DIY atau bina sendiri, pihak Edorey telah menyediakan pakej mempelajari teknik-teknik membina laman web dan portal untuk semua pengguna Portal Whizz. Berbekalkan modul-modul terpilih Portal Whizz, pengguna akan dapat mempelajari teknik membina laman web bercirikan portal mereka dalam masa satu hari sahaja dengan memasuki Whizz Workshop. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan buku manual khas Portal Whizz dan diketuai oleh tenaga pengajar terpilih dan terlatih.
Terdapat 3 pakej utama iaitu
- Pakej RM 50
- Pakej RM 299
- Pakej RM 499
Ciri-Ciri Pakej MyPortal:
*1) 1 SUB DOMAIN
2) 1 GB RUANG HOSTING
3) 1 ALAMAT E-MAIL
4) BANDWITH TANPA HAD
5) 5 MUKASURAT ARTIKEL TANPA HAD
6) PORTAL WHIZZ CMS
7) PENGURUSAN BANNER
8) KAJI SELIDIK
9) PETA CARIAN
10) GOOGLE ADSENSE
11) GOOGLE ANALYTIC
12) DWI BAHASA
* Domain pilihan akan dikenakan bayaran tambahan antara Rm50.00-Rm120
Harga adalah RM 299/tahunan
Portal Whizz Pakej Super
Harga adalah RM 499/tahunan
Sistem Portal Whizz telah digunapakai oleh rangkaian Kolej Komuniti di Malaysia selama lebih 2 tahun. Usahasama dengan Kolej Komuniti Malaysia telah dimeterai bagi membolehkan pengguna Portal Whizz seluruh Malaysia boleh menjalani sesi Whizz Workshop di makmal komputer kolej. Pendaftaran boleh dibuat menerusi Pejabat Sekretariat A.T.E.B.P. di Cheras, Kuala Lumpur.
Peserta Whizz Workshop akan dikenakan bayaran sebanyak RM 300 sahaja termasuk kos makan dan makmal komputer secara individu. Peserta akan diajar dari mula bagaimana hendak membina laman web bercirikan portal mereka sehingga siap melalui proses memasukkan data, imej, kandungan serta pengaktifan akaun emel . Walaupun para peserta bukan terdiri dari pakar IT atau mahir IT, para peserta dijamin mampu membina laman web bercirikan portal mereka mengikut citarasa peserta sendiri.
Portal Whizz diperakui AITI, UTM
Setelah berada lebih 3 tahun dipasaran, sistem Portal Whizz akhirnya telah mendapat sokongan dan perakuan oleh pihak ADVANCED INFORMATION TECHNLOGY INSTITUTE (AITI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dibawah kelolaan Pengarah AITI iaitu Professor Madya Dr. Shafie Mat Yatim M.Sc. Comp. Sc. (UKM), Dr. Harihodin Selamat Ph. D. Comp. Sc. (Bradford), Professor Madya Sarudin Kari M.Sc. Comp. Sc. (UTM) dan Senior Lecturer Raja Baharuddin Anom M.Sc. Sys. Ana. Business (Florida).
AITI adalah sebuah institut dibawah Fakulti Sistem Komunikasi dan Sains Komputer, UTM dimana ianya memfokuskan program-program ICT seperti latihan, pembangunan sistem dan pengurusan aktiviti ICT. Bertempat di UTM City Campus, Jalan Semarak, AITI telah melahirkan beratus sistem, perisian, projek untuk kerajaan dan badan korporat di Malaysia yang memfokuskan teknologi tinggi perkomputeran.
Kerjasama yang erat telah terbentuk antara Edorey dan AITI melalui sebuah program iaitu 'ADVANCED TECHNOLOGY EMPOWERMENT BUSINESS PROGRAMME' atau A.T.E.B.P. bagi menyediakan sebuah masyarakat industri termaju selaras dengan agenda negara ke arah melahirkan golongan K-Ekonomi; yang mampu bersaing secara lebih global dan akan menjadikan pengetahuan sebagai asas ekonomi negara. Proses peralihan dari P-Ekonomi ini akan menunjukkan sebuah proses peralihan yang dinamik dan menjadikan IT sebagai kelebihan dalam persaingan. Golongan yang tidak menitikberatkan IT sebagai alat persaingan dikatakan akan terpinggir dan tidak dapat bersaing di dalam era K-Ekonomi.
Dibawah A.T.E.B.P., sebuah jaringan business partner akan dibentuk bagi mengedar produk-produk terpilih yang sesuai untuk bagi semua perniagaan, individu, organisasi, jabatan kerajaan serta swasta, untuk mencapai objektif program. Beberapa prinsipal utama juga dikenalpasti seperti TM Berhad dan Celcom Berhad bagi penyaluran produk bonus didalam A.T.E.B.P. 'Executive Talk' juga telah bermula di UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur bagi menyampaikan program ini kepada semua golongan masyarakat Malaysia khasnya.
Hi Tea bersama Rashidi Ishak
"Perghhh... Bosannya duduk rumah!" Sekarang saya dah betul-betul jadi Mr. Mama sebab sepenuh masa saya hanya di rumah dengan anak-anak! Hehehe! Dan bercerita tentang Mr. Mama, saya mendapat banyak respon dari drama tersebut. Nampaknya, penonton betul-betul terhibur dengan rancangan tersebut. Tetapi dukacita saya maklumkan saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada produksi kerana masalah kesihatan saya.
Dalam waktu saya berehat di rumah, saya banyak membaca dan melayari laman-laman web yang ada di internet. Banyak maklumat yang saya perolehi. Sungguh menakjubkan! Sumber yang diambil dari Internet World Stats menunjukkan jumlah pengguna internet dunia sehingga Disember 2007 – 1,319,872,109 dan jumlah pengguna internet di Malaysia sahaja melebihi 14 juta orang. Dari situ saya dapati yang peluang menjana pendapatan melalui laman web dan internet amat besar. Walaupun saya pernah membuat blog saya bersama Vee, http://kebintang.blogspot.com tetapi apa yang saya dapati, banyak perkara yang terbatas dan tak dapat saya buat jika saya memang ingin betul-betul serius dalam menjalankan perniagaan internet ini. Saya mesti mempunyai laman web saya sendiri! Saya pun mulalah mencari cari cara macammana nak buat laman web sendiri. Fuuh! Susah rupanya nak buat laman web ni!
Cuba jugak tanya orang nak suruh buat tapi... Hmmm... Boleh tahan juga rupanya caj professional yang nak kena saya bayar. Awal bulan haritu tengah ’dok driving’, saya terdengar dalam Sinar FM satu iklan yang cukup menarik minat saya. Portal Whizz – bagaimana kita boleh membuat laman web dengan mudah. Balik petang itu terus saya melayari laman web yang dinyatakan – www.whizzfx.com
Bila saya amati penerangan yang ada di dalam laman web tersebut, terus saya rasa tertarik. Mana tidaknya, dalam masa 2 jam, kita dah boleh buat laman web sendiri walaupun kita ni buta IT! Biar betul!? Saya pun terus menghubungi syarikat yang mengeluarkan sistem Portal Whizz ini, Edorey Technologies Sdn Bhd yang ibupejabatnya di Wisma Zelan Cheras. Saya dapati syarikat ini dimiliki 100% bumiputera dan sistem yang dibina ini merupakan Sistem Portal DIY mesra pengguna pertama dunia. Sistem ni telah melalui tempoh 7 tahun R&D dan telah digunakan oleh hampir semua Rangkaian Kolej Komuniti seluruh Malaysia dan lebih 500 buah sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi korporat di Malaysia malah dari luar negara. Ini dah cukup bagus!
Saya difahamkan yang Edorey juga ada membuat ’Executive Talk’ untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sistem Portal Whizz ini secara percuma. Saya terus mendaftarkan nama untuk menghadiri program tersebut. Beberapa hari selepas itu, saya telah hadir ke program tersebut. Setelah mendengar taklimat yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Edorey Group of Companies, En Nazri Abd Rahman, saya betul-betul terpegun dan mendapat banyak info yang selama ini saya tidak ketahui. Barulah saya tahu apa yang dikatakan laman web dan apa pula yang dikatakan portal. Mungkin ada diantara anda tidak pernah dengar istilah ’portal’ betul tak? Banyak perbezaannya. Patutlah selama ini ramai yang mungkin kecewa dan tidak berpuashati dengan laman web mereka sebap banyak perkara-perkara penting yang tidak ada pada laman web biasa berbanding portal. Rupanya tak sama jika kita mendapat info dari bahan bacaan berbanding kita mendengar penerangan tersebut dari mereka yang pakar secara terus. Saya juga diberi peluang untuk mencuba sendiri sistem Portal Whizz tersebut kerana program tersebut diadakan didalam makmal komputer. Memang puashati! Sukar dipercayai! Saya berjaya membuat sebuah Portal dalam masa 2 jam sahaja dan portal peribadi saya www.rashidiishak.com berjaya saya siapkan dalam masa tidak sampai 6 jam!
Di dalam ’Executive Talk’ ini, Edorey juga memperkenalkan kepada saya program yang dinamakan A.T.E.B.P – Advanced Technology Empowerment Business Programme. Kita boleh menjadi ‘Business Partner’ kepada program ini dengan modal permulaan yang cukup fleksi. Melalui workshop satu hari yang disediakan, kita boleh menjadi webmaster bagi portal kita sendiri ataupun menyediakan perkhidmatan untuk membuat portal pelanggan dan boleh mendapat keuntungan ribuan ringgit. Program ini juga menyediakan kursus bimbingan bagaimana kita boleh menjadi Usahawan IT yang berjaya melalui modul-modul latihan yang cukup menarik dan disampaikan oleh fasilitator-fasilitator yang cukup berpengalaman. Saya cukup berpuashati dengan menyertai program ini. Tak pernah terfikir dari karier sebagai artis, sekarang saya telah mengorak selangkah lagi kehadapan dengan menceburi bidang ICT dan berjaya menjadi seorang Web Master dan Usahawan IT dalam masa yang cukup singkat. Memang saya tak pernah terfikir sebelum ni.
Dengan bimbingan dan sokongan yang diberikan oleh Team Edorey, saya yakin saya akan dapat mencapai cita-cita saya untuk menjadi Usahawan Internet Malaysia yang berjaya. Walaupun tidak sampai sebulan menyertai program ini, saya sudah memperolehi pendapatan yang lumayan menerusi model perniagaan yang cukup menarik dan berkesan. Kalau Dr. Irfan Khairi – Jutawan Internet Malaysia boleh menjadi jutawan dengan hanya menjual peta Malaysia melalui laman web beliau, mengapa kita rakyat Malaysia yang lain tidak mahu mencuba dan tidak boleh menjadi bakal jutawan yang seterusnya? Kenapa tunggu lagi?
Saya akan berkongsi rahsia perniagaan yang menakjubkan ini bersama-sama anda semua.
JOM! Kita jumpa di sana!
p/s - Hubungi saya jika anda berminat dengan salah satu pakej di atas. CEPAT ! Stok adalah terhad. Siapa CEPAT dia DAPAT.
Anda tidak memerlukan modal yang banyak. Anda hanya menggunakan peralatan yang anda ada sekarang sahaja.
CEPAT ! Ia hanya terhad kepada 3 orang sahaja. Sekiranya sudah cukup, peluang ini akan TAMAT.
Tugas anda adalah seperti affiliate yang mempromosi dan menjual hosting MyPortal Whizz sebanyak mungkin. Hasil pendapatan anda bergantung kepada hasil jualan.
Anda akan mendapat RM 10 bagi setiap jualan MyPortal yang bernilai RM 50.Antara kelebihannya ialah :
- Jika anda tahu menggunaka aplikasi Ms WORD, anda boleh membina laman web sendiri semudah ABC !
- Sistem Portal DIY mesra pengguna pertama di dunia.
- Mudah, jimat dan berkesan.
- Tidak memerlukan pengetahuan teknikal (cth : HTML / PHP ) yang tinggi.
- Laman web bercirikan portal menggunakan teknologi terkini.
- Bantuan teknikal sepanjang masa disediakan.
- Mampu memenuhi keperluan semua jenis pengguna.
- Sistem yang beroperasi secara online tanpa perisian tambahan.
- Boleh diakses dari mana - mana sahaja anda berada.
- Mudah dikemaskini dan diselenggarakan
- Jaminan prestasi dan keselamatan yang tinggi
- SISTEM PORTAL DIY PERTAMA BERTARAF DUNIA...!
- Harga : RM 50 setahun
- Saiz Hosting : 1 Gb (1,000 mb)
- Emel : 1 akaun
- Domain : www.nama.myportal.my
- Halaman : 5 halaman (page)
- Bandwidth : Unlimited (tiada had)
- Modul Portal : Portal Whizz CMS, Banner, Survey, Peta Carian, Dwi Bahasa, Google Adsense dan Google Analytic Code.
- Domain pilihan akan dikenakan bayaran tambahan di antara RM 55 - RM 120.
Nama : BADRUZAMANI AZMI
Emel : badruzamani_azmi@yahoo.com
SMS : 013 - 417 7752
Bagi yang berMINAT nak jadi ejen / affiliate ni, sila beri butir - butir diri seperti berikut :
- Nama
- No. MyKad (Baru dan Lama (jika ada))
- Umur
- Jantina
- Alamat
- No. Phone
- Alamat emel
- Bank & Nombor Akaun Bank
Abah : Aiman, kalau la abah ni banyak duit, bukan sahaja jala ikan, jala ikan 'jaws' (jerung) pun abah boleh belikan... tau tak?
Aiman : (keliru) jala ikan jaws??
(suara latar) Apa yang difikirkan lagi? Cuba kau ceritakan? Apa masalahnya ni?
Aiman : Kelambu nyamuk?
Kawan - kawan : Fuyooo...
(suara latar) Yang membezakan kita ... hanya usia
Aiman : Abah... boleh tak abah belikan Aiman kereta kayu? Sebab besok hari jadi Aiman.
Abah : Aiman, kalaulah pokok cempedak abah ni berdaun emas, jangankan kereta kayu, kereta kebal pun abah boleh beli.
(suara latar) Namun keperitannya tetap ku rasa... Apa masalahnya ni?
Kawan - kawan : (Sambil ternganga) Fuyooo....
Lapan tahun kemudian...
Aiman : (sambil menguji alat) OK...OK... Orait...
Ibu : Aiman, ada surat...
Aiman : Ya, mak... terima kasih mak.
Aiman : Abah..boleh tak Aiman sambung belajar ke universiti?
Abah : (Tak menjawab sekadar tersenyum aja).
Aiman : Diam tanda setuju. Senyum tanda suka...
(scene air mata... tengok sendiri la)
Aiman : (terharu) Terima kasih abah
10 tahun kemudian..
Isteri : Bang, rasa la dulu cempedak ni.
Abah : Ish... kamu ni..
(Tiba - tiba ada motor Harley Davidson berhenti kat gerai. Kelihatan seorang pemuda)
Abah : Motor apa ni? Motor apa ni, Cik?
(Pemuda itu ketawa kecil dan membuka topengnya)
Abah : Aiman..
Aiman : Motor ni... abah punya.
Moral of story : Kesabaran, kegigihan dan bekerja kuat adalah jalan menuju kejayaan
p/s - Jasa ibu membawa ke syurga. Jasa ayah berkorban nyawa. Jasa anak - anak..? Bolehkah kita membalas jasa ke dua - dua orang tua kita semasa mereka masih bernyawa?
Pada 23 Jun 2008, disebabkan pengarah syarikat menghadapi masalah kewangan, maka kerana kasihan dan ingin meringankan bebannya, saya telah meminjamkan wang sebanyak RM 1,800 yang belum saya masukkan ke dalam akuan bank kepadanya.
Pada 8 Julai 2008, saya dengar bos dah bayar upah kepada pekerja - pekerja lain bagi jumlah hari bekerja pada bulan Jun. Kenapa saya tak dapat? Bos cakap, dia nak 'letak' saya di barisan Lembaga Pengarah. Jadi, wang yang dah saya berikan sebelum ini dan gaji saya akan 'dilaburkan' ke syarikat sehingga cukup RM 10 ribu, sebelum saya disahkan menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah.OK... saya pun ikut kata bos.
Pertengahan bulan Julai, saya hadapi masalah kewangan sebab duit elaun OKU saya ada masalah pembayaran sejak arwah ayah saya meninggal dunia pada 1 Mac 2008. Oleh sebab, selain saya, hanya arwah ayah sahaja yang boleh mengeluarkan duit menggunakan surat kebenaran JKM. Jadi, bila arwah ayah dah tiada, saya menunggu hampir 3 bulan untuk dapatkan surat kebenaran baru dengan nama adik saya (sebab saya berada di Gombak, jadi payah sikit nak ambil kat BSN terdekat. Jadi, kenalah adik saya yang kat Penang yang ambilkan tiap - tiap bulan).
Lepas dapat surat kebenaran dari JKM pada bulan Jun, timbul masalah lain pula. Pegawai JKM kat Komtar (Penang) cakap, duit elaun bagi bulan Januari (lagi RM100), Bulan Mac (RM300), April (RM300) dan Mei (RM300) tak dapat claim sebab dah habis tempoh bila saya nak tuntut pada bulan Jun. Apa nak buat? Nak bertekak banyak pun tak guna. Adik perempuan saya yang uruskan sehingga sekarang pun tak selesai lagi. Saya dah pasrah. Saya anggap ini hanya ujian Allah swt kepada saya.
Jadi, saya terfikir untuk dapat wang kat mana? Jadi, saya pinjamkan balik dari bos sebanyak RM 700 untuk beli alatan perubatan saya seperti pampers, gauze dan sebagai.
Pada 4 Ogos 2008, bos mintakan saya untuk mengira gaji 3 orang pekerja syarikat yang sedia ada sahaja. Saya tertanya dalam hati, kenapa 3 orang sahaja? Kenapa bukan 5 orang kerana yang sedang bekerja sehingga semalam (5 Ogos 2008) adalah 5 orang termasuk saya. Kenapa saya dan Cikgu tak termasuk sekali ka? Bagaimana pula dengan baki gaji 4 orang pekerja yang dah berhenti sebelum ni? Bos cakap tak payah buat... Tapi, saya degil... saya buat kiraan juga bagi semua pekerja. Dan saya serahkan pada bos tengah hari semalam.
Saya tengok bila Bos terima, dia mengeluh panjang. Dia cakap cara saya kira tak kena. Tak kena kat mana? Saya ambil gaji pokok pekerja, bahagi dengan bilangan hari yang sepatutnya diorang bekerja dan darab dengan hari diorang bekerja. Kemudian saya kira jam mereka bekerja tolak dengan jam yang sepatutnya dan darabkan dengan caj OT (overtime). Salah ka?
Tapi, bos tetap cakap tak betul. Kalau boleh, dia nak kurangkan lagi kos gaji pekerja. Saya tak berapa setuju la dengan cara tu. Pada saya, pekerja dah bersusah payah dan berkorban siang malam untuk syarikat. Tak kan nak aniaya mereka macam tu? Jumlah keseluruhan gaji pekerja yang saya kira adalah dalam RM 5 ribu lebih sikit aja.... banyak sangat ka? Sedang bos mengenakan caj kepada seorang pesakit ada yang sampai RM 6 ribu. Pi mana duit tu...???
Jadi, saya cakap kat Puan Pengarah (isteri Bos), saya nak berhenti la Puan. Saya TIDAK berapa setuju dengan pengurusan Bos. Antaranya :-
- Duit syarikat dicampur aduk dengan duit peribadi untuk urusan pembelian barangan peribadi.
- Jumlah urusan kewangan tidak 100% diberitahu / dicatit ke akaun.
- Keputusan mesyurat tidak pernah nak ikut walaupun dah hampir 10 kali mesyuarat sejak 19 Jun 2008.
- Mengerah tenaga pekerja walaupun bukan kerja mereka tetapi upah tak mau bagi.
- Tidak pernah jujur dalam berbicara. Hari ni cakap lain, esok buat lain.
- Kaki perempuan. Walaupun dah pernah kawin sampai 18 kali, dah ada seorang isteri, masih mengorat perempuan lain lagi.
- Panas baran terhadap pekerja.
- Tidak menghargai pekerja.
- Tidak pernah nampat solat waktu. Solat Jumaat (selama saya bekerja) tak pi masjid pun.
- Merokok di tempat kerja dan di hadapan pekerja yang tidak merokok.
- Suka berkelahi dengan anak bini dan pesaing terdekat
- Tidak pernah tetap dalam membuat keputusan.
- Gaji lambat bayar.
- Saya dah tak sanggup bersubahat melakukan perintah bos yang tidak berapa nak betul. :(
"Ini ka kerja hang pa?" Bos tengking kami.
Kemudian, Bos tampar Puan. Anak Puan yang berumur 20 tahun kat, "Mak, jom kita balik..."
"Hang jangan kurang ajar dengan aku" Tengking Bos pada anak tirinya itu. Lepas tu dia cekau rambut anak tirinya. Bila Puan nak tolong anaknya, terus ditarik Puan sekali ke dalam bilik. Saya pun menjadi takut. Terus saya kemas barang saya dan suruh 'budak' staff tolak saya ke bilik saya. Semasa saya melintas bilik Bos, saya lihat Bos sedang memijak kepala Puan dan menekan rambut anak Puan.
"Hang pa jangan nak kurang ajar dengan aku...." Saya tak dengar apa lagi kerana rasa takut melihat kemarahan Bos itu di depan mata. Sayup - sayup saya dengar suara anak Puan meminta tolong. Apa yang saya mampu lakukan?
Hari ni, saya nekad untuk berhenti. Surat letak jawatan akan saya serahkan pada petang ini juga. Tiada apa yang dapat mengubah keputusan saya setelah saya sudah membuat keputusan muktamad.
Jumpa lagi di syarikat baru saya yang akan berkembang maju, insyaallah ... Syarikat baru saya bernama VALINA RABBITARY AGRO FARM atau singkatannya adalah VRAF.
Labels: diari
Semua orang mempunyai impian dan azam untuk dicapai dalam hidup ini tidak kiralah sebesar mana pun impian tersebut. Tanpa impian dan azam, percayalah bahawa hidup anda selama ini adalah sia-sia sahaja kerana tanpanya, hidup anda tidak bermakna langsung.
Apakah impian dan azam yang ingin anda kecapi? Adakah anda mengimpikan hidup mewah, rumah besar, kereta sport dan sebagainya? Adakah anda ingin mengelilingi satu dunia dengan berbasikal? Adakah anda ingin membuka yayasan kebajikan sendiri untuk membantu orang yang tidak berkemampuan? Adakah anda ingin memiliki sebuah syarikat besar?
Percayalah bahawa dengan memiliki impian dan azam sebegini membuatkan hidup anda lebih bermakna dan mempunyai target untuk dicapai.
Namun begitu adakah untuk mencapai impian tersebut merupakan impian yang kosong?
Oh, dukacitanya dimaklumkan bahawa ia hanya merupakan impian yang kosong JIKA anda tidak tahu bagaimana untuk mencapainya. Sedar atau tidak, sebenarnya kita sendiri telah menyebabkan impian kita mustahil untuk dicapai kerana kita sering memberikan alasan untuk mengelak dari mencapainya. Dan sedar ataupun tidak sebenarnya setiap kali anda mengatakan bahawa ianya mustahil, ia merupakan satu doa dan anda semestinya tidak dapat mengapai impian anda.
Jadi, Bagaimanakah caranya untuk mencapai impian tersebut?
Hanya ada dua cara utama iaitu BERHENTI BERALASAN dan pastikan MINDSET ANDA berada dalam keadaan yang betul. Dengan dua cara inilah yang dapat membantu anda mengapai segala impian anda dan percayalah anda juga boleh mendapatkan apa juga yang anda impikan walaupun ia sukar. Inilah rahsia sebenar bagaimana untuk anda mendapatkan apa yang dihajati!
Bagaimana pula untuk memastikan mindset dalam keadaan yang betul?
Caranya agak ringkas tetapi anda perlu mempelajarinya. Cara untuk memastikan mindset anda berada dalam keadaan yang betul mengikut naluri impian anda adalah dengan menguasai minda anda! Dengan menguasai minda anda, untuk menikmati kejayaan, kekayaan dan sebagainya menjadi amat mudah untuk anda.
Pihak Evolusi Minda telah menganjurkan satu seminar khas untuk membantu anda menguasai minda anda. Seminar ini sangat istimewa kerana ia mampu mengubah hidup anda menjadi lebih baik setelah anda mempelajari cara untuk menguasai minda secara praktikal. Kini masa depan anda sangat cerah dan kejayaan dan kekayaan akan menjadi milik anda.
Berikut merupakan maklumat mengenainya:
Hari & Tarikh : Ahad, 10 Ogos 2008
Tempat : Hotel Armada, Petaling Jaya
Masa : 8 a.m - 5 p.m
Pakaian : Bebas Asalkan Selesa
Harga : RM398 sahaja
(Segala Kelengkapan Disediakan Oleh Pihak Evolusi Minda)
Jadi marilah kita bersama-sama menggapai impian kita bersama-sama dengan mempelajari cara untuk menguasai minda di Seminar Evolusi Minda ini.
Labels: review
Oleh kerana sejumlah besar maklumat yang tidak berguna seseorang itu terima setiap hari, kita perlu mempunyai satu kemahiran individu bagaimana untuk tidak mengendahkan maklumat yang tidak berguna..Saya dalam permulaan mencari duit di internet pun mengalami penyakit yang sama, iaitu nampak maklumat yang best ambil sahaja, sehingga sampai pening kepala, keliru, tak tahu bagaimana nak mulakan sesuatu ,jadi ini adalah satu penyakit yang berbahaya, adakah anda juga menglamai keadaan yang sebegini ?
Tetapi jangan risau ye..penyakit yang kita hadapi ini, tak payah makan ubat pun boleh ubati,. Penyakit zaman moden ini boleh diubati hanya dengan kita berubah beberapa prinsip sahaja. Setelah saya membaca ebook percuma ini, saya sudah dapat jawapan.Memang kata betul penulis, kadang-kala kita telah menghadapai penyakit yang sebegini tetapi kita masih tidak ketara. Ebook percuma penyakit limpahan maklumat (Information Overload ) ini akan memberitahu anda mengapa penyakit ini terjadi ? Salah siapa ? dan juga yang paling penting adalah cara untuk mengubati.
Dalam ebook ini akan memberitahu anda 6 tips yang dijelas denagn teliti dan juga senang faham, jadi kepada sekalian yang ingin tahu cara-cara ini, boleh dapatkan disini dengan percuma sahaja.
Labels: ebook
Michael Preiss, penasihat ekonomi kepada African Asset Management Ltd, berkata meskipun aspek kelemahan krisis pasaran subprima Amerika Syarikat (AS) adalah kesan negatifnya ke atas pasaran serantau seperti Malaysia, kelebihannya adalah masa terbabit sesuai untuk aktiviti belian saham murah terpilih.
"Walaupun beberapa perkembangan politik dijangka mempengaruhi tinjauan bagi bursa tempatan, prestasi Bursa Malaysia kebanyakannya didorong faktor luar berbanding faktor dalaman," katanya selepas satu seminar mengenai krisis subprima di Kuala Lumpur.
Preiss berkata, modal asing meninggalkan kebanyakan pasaran baru muncul berikutan kesan negatif daripada krisis kredit subprima serta kebimbangan peningkatan inflasi. � Bernama
Seperti kebanyakan negara lain, katanya, sektor perbankan dijangka paling teruk terjejas akibat daripada krisis subprima dan peningkatan inflasi.
Sebaliknya, beliau berkata, sektor telekomunikasi dan berasaskan sumber seperti saham perladangan terutama yang menghasilkan minyak sawit mentah akan mendapat faedah.
"Pelabur sepatutnya menumpukan saham yang mempunyai pulangan dividen tinggi seperti saham telekomunikasi yang pendapatannya lebih ketara," katanya.
Preiss juga meredakan kebimbangan bahawa kemelesetan yang teruk akan menjejaskan ekonomi serantau.
"Negara lain di dunia tidak akan mengalami kemelesetan sepenuhnya seperti AS," katanya sambil menambah `tahap keselesaan pelabur semakin meningkat.'
Beliau berkata, mereka tidak lagi bimbang dengan kemelesetan teruk, ia lebih kepada kebimbangan inflasi kerana inflasi global yang berpunca daripada harga minyak mentah melambung tinggi kini adalah isu sebenar dalam pasaran.
"Negara yang banyak berdagang dengan AS akan lebih terjejas," katanya. � Bernama
Labels: stock
Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk "Pakej Lengkap Rahsia 10K" yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai "blueprint" untuk mendapatkan RM10K sebulan.
Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.
Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.
Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:
- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)
Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!
Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera di bawah ini sekarang juga! (Klik pada banner)
Sahabat online anda,
Badruzamani Azmi
Labels: offer
- Jurawat Wanita (2 Kekosongan) (Separa Mahir / Mahir) (Tetap/Sambilan)
* Berkelulusan SPM
* Sihat tubuh badan
* Boleh bekerja dari 8.30 pagi hingga 6 petang / Shift.
* Sopan.
* Boleh berbahasa Melayu dengan baik. - Jururawat Lelaki (1 Kekosongan) (Separa Mahir/Mahir) (Tetap/Sambilan)
* Berkelulusan SPM
* Sihat tubuh badan
* Boleh bekerja dari 8.30 pagi hingga 6 petang
* Peramah dan mempunyai akhlak yang baik.
* Boleh berbahasa Melayu dengan baik. - Pembantu Pejabat (1 Kekosongan) (Lelaki/Wanita).
* Sekurang - kurangnya SRP/PMR.
* Boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
* Sihat tubuh badan.
* Boleh bekerja seawal pagi (8.45 pagi)
Sila emelkan / pos resume anda berserta nota kat mana anda nampak iklan ini kepada saya di alamat :-
Tarikh Tutup : 1 Julai 2008
Penolong Pengurus,
Herba Traditional Sdn. Bhd.
Suite 109, Anjung Rahmat Inn,
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Emel : herba.traditional ([at
atau datang sendiri ke alamat di atas. (Buat temu janji dulu nak datang bila. Call / SMS saya : 013 - 417 7752 (Zamani)
Labels: offer
Saya nak minta tolong rakan blogger agar dapat mengiklan / memaklumkan di mana - mana (emel, blog atau apa sahaja tawaran syarikat saya ni) Oleh sebab bos saya memerlukan segera, jadi saya tak sempat nak umum kat mana - mana kecuali kat forum ni. Jadi, minta tolong rakan blog saya war - warkan pada sesiapa sahaja sebelum 1 JULAI 2008 (Tarikh tutup)
Syarikat baru saya iaitu Herba Traditional Sdn Bhd (814325-P) ingin mengupah :-
- Freelancer Anccountant
- Boleh bekerja segera / paling lewat 1 Julai 2008.
- Berkelayakan / berpengalaman.
- Mempunyai penampilan menarik dan sopan.
- Boleh berkomunikasi dengan baik.
- Berada dalam kawasan KL / Selangor.
- Berkelulusan akademik yang baik dan mempunyai sijil akauntan yang bertauliah.
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.
- Plastic Bottle Manufacture
Syarikat saya memerlukan SEGERA mereka yang terlibat dalam terlibat dalam pembuatan botol plastik (syarikat). Kami perlu dalam kuantiti yang banyak. Sesiapa yang layak, diminta nyatakan SEBUT HARGA melalui emel kepada saya, poskan kepada alamat syarikat seperti di atas, datang sendiri atau telefon Pengurus Syarikat Herba Traditional Sdn Bhd, Puan Zaiton Awalludin ( HP : +6017 - 225 4875 ). Hubungi kami dengan segera selewat - lewatnya sebelum / pada 25 Jun 2008 (Pukul 5 petang).
Sekian, terima kasih.
Labels: offer
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu pun kejar hamba Allah ni dari belakang. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar dengan lajunya. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir macam mana nak selamat dirinya, tetiba dia terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang sedang kelaparan. "Apalah nasibku. Dah jatuh ditimpa tangga".Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yangg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. "Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni" fikir hamba Allah ni. Lepas tu, keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi sam bil mendecit"Cit!cit!ciit!. Sampai saja kat atas tu, tikus hitam ni pun mula mengigit juga tali tu. "Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya", hamba Allah ini mengeluh sendirian.
Dia berfikir lagi. Kalau naik kat atas, nanti kena makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, kena baham dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa kemanisannya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu terlupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah ibarat kita semua (manusia). Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jadi beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Mungkar Dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yang tempat hamba Allah itu bergayut tadi adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah juga apabila mendapat nikmat dunia, kebanyakan kita terus terlupa pada Allah S.W.T. Cuma waktu susah (waktu Allah beri ujian-Nya) baru la nak ingat kat Allah S.W.T. Astaghfirullah...
Tips 1 minit untuk mengingati Allah
Langkah 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
- SUBHANA'LLAH
- ALHAMDULI'LLAH
- LA I LAHA ILLA'LLAH
- ALLAHU AKBAR
- ASTAGHFIRU'LLAH
- LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
- ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
Langkah 3:
Saling berpesan - pesan sesama kita (Anda boleh copy mesej ni dah kirimkan kepada sesiapa yang anda sayangi / emelkan kepada 7 orang rakan anda).
Keputusan 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.
Keputusan 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.
Keputusan 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSYA'A'LLAH... Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah S.W.T dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhai-Nya. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita.
Sumber : Dari Sahabat saya, Zahidi Lamsah.
Setelah sekian lama saya tak online, jadi bila berkesempatan online kembali, rasa teruja sangat untuk melayari laman - laman sahabat online.
Begitu juga berlaku kepada sahabat saya Mohd Sufian. Dah lama tak dapat online disebabkan masalah broadband dan wayar telefon kat tempta dia yang kena curi.
Akibatnya? Kami disalahkan oleh seorang client yang ingatkan kami cuba menipunya. :) Tak kan la kami nak menipu setelah 'bersusah payah' sejak sekian lama. Tapi, saya akan cuba settle masalah ini secepat yang mungkin. Insyaallah... :)
Kesan ke - 2 ialah blog saya sampai sekarang masih tak dapat dibuka??? !!! Tak tahu la kenapa. Agaknya pasal tu kot sama yang client tu ingat kami ni 'penipu'?? :D
Akhirnya, saya tak sedar pun dah subuh. Rupanya saya tak tidur dari semalam. Perut pun dah mula berbunyi 'keroncong' minta di isi.
OK... la lebih baik saya pi makan dulu sebelum sambung kerja ni balik. Saya akan cerita nanti kisah saya 6 bulan lepas di lain ketika. Chow... :)
Labels: umum
Rasanya sudah 6 bulan saya tak dapat online. Alhamdullillahh...malam ni baru dapat online semula. Banyak 'kerja' juga nak selesaikan. Insyaallah...saya akan cuba menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang ketiadaan saya.
Minta maaf semua yang berasa 'terniaya'
Sesungguhnya bukan niat saya untuk menganiaya anda semua. Tapi, ini 'kelemahan' yang tidak dapat saya elakkan. MINTA MAAF ya... :)
Labels: umum
10 pagi - Baru lepas dressing. Pi tengok TV kat ruang tamu wad sambil bersembang. Bercerita pasal keadaan abah kat IJN. Saya amat berharap abah cepat sembuh.
11.40 pagi - ON kan hand set. Ada mesej masuk dari Ibtisam (adik perempuan saya) berbunyi "Ayahanda dah meninggal dunia pukul 7.40 pagi di IJN. Nak bawa ke SA (Shah Alam). Nak kebumi lepas zohor. Nak pi tak?"
....
Rasa separuh semangat saya dah hilang. Tangan terketar - ketar masa nak tunjuk mesej kat nurse. Minta dia cari doktor. Doktor dah buat round pagi. Hari ni pula hari Sabtu. Bila call adik saya, Fahmi dia juga sudah berada di Shah Alam dah. Tiada siapa yang boleh datang ambil saya. Emosi dia pun tak stabil...
Saya pula tak dapat menanggung kesedihan ini... Air mata keluar deras. Nasi tengah hari berlauk ayam goreng tak menarik minat saya. Nurse tanya, siapa yang nak datang ambil? Saya katakan, 'Tak payah...Tak ada siapa yang datang nak ambil saya, semua dah ada kat sana'
Lalu, saya pergi ke tandas, ambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat. Selepas itu, saya bacakan Yaasin dan doakan 'keselamatan' arwah abah kat sana. Adik Fahmi kata, wajah arwah abah tenang di sana.
Backlink :
Teman Teras
Harakah Daily
Cikgu Zaki
Tag
Angkatan Muda KeADILan
iLuvIslam
Anwar Ibrahim
Akhie Naim
Labels: diari
Kenapa saya mengambil keputusan begini?
Semua sedia maklum bahawa saya adalah seorang OKU yang cacat anggota fizikal (tiada kedua belah kaki). Saya juga mempunyai 'bedsore' (luka akibat tekanan). Sudah lama luka itu namun tidak sembuh sepenuhnya. Banyak wang sudah dibelanjakan sehingga simpanan saya yang bernilai RM 150 ribu dulu sudah habis.
Dari wang yang sedikit itu lah, saya membeli PC untuk saya melakukan 'bisnes' di rumah. Saya cuba berusaha untuk berjimat dan berusaha untuk menambah pendapatan. Dengan elaun pekerja OKU yang saya dapat setiap bulan itu mampu meringankan beban bil bulanan sahaja.
Oleh sebab, ibu saya dan seorang adik saya sudah meninggal pada tahun 2002 dan 2003, saya tinggal di rumah 'pemberian' ayah kepada arwah ibu di Taman Macang Manis bersama adik saya yang berkelulusan mekanik kereta dan seorang pembantu rumah. Sebelum ini ayah saya yang menanggung perbelanjaan rumah dan membayar gaji pembantu rumah.
Tetapi, pada bulan Oktober 2007, ayah saya yang sudah menderita penyakit kencing manis sudah 'tidak sanggup' untuk membayar gaji pembantu rumah dan bil rumah seperti air dan elektrik serta belanja dapur.
Bayangkan dengan elaun sebanyak RM 200 (tahun 2008 ni dapat RM 300 sebulan), saya terpaksa membayar bil elektrik, air (2 bulan sekali), bil Astro (dah potong) dan bil telefon. Nasib baik kakak saya sudi bayar gaji pembantu rumah (dah di hantar balik sekaran ni) masa tu dan bil internet (Streamyx pula dah potong untuk sementara waktu sepanjang saya berada dalam rawatan) pula dibayar oleh Linn (Terima kasih banyak - banyak Linn sebab tolong abang selama ini)
Jadi, oleh kerana adik saya yang kerja mekanik tu pun nak cari kerja baru di tempat lain pula, (Kerja kat Kulim ni, majikan dia bayar hanya RM 350 sebulan. Kerja dari 10 pagi hingga 12 tengah malam), pembantu rumah pula sudah dihantar balik sebab permit dah tamat tempoh, saya pun mengambil keputusan untuk tinggal di hospital buat sementara waktu supaya luka saya akan sembuh suatu hari nanti. Bila dah sembuh, baru saya kembali ke sini (taman Macang Manis) semula dan menyambung kembali kerja yang tergendala.
Saya amat berterima kasih banyak - banyak juga kepada Mohd Sufian, Pak Wan dan Md Hilmi kerana mereka akan 'memantau' web saya sepanjang ketiadaan saya ini. Tidak lupa kawan - kawan Cyber yang lain - lain seperti Mohd Suhaimy (Shuth) Alang, Zul Smartusaha, Sham Raja Adsense, Kak G (InternetMelayu), Fai, MdPai, abang Tazilan, Cikgu Ibnuhassim, dan lain - lain lagi kawan WC yang saya tak sebutkan kat sini. Terima kasih banyak - banyak. Semoga Allah membalas jasa baik anda dengan kebaikan dan rahmat - Nya.
Buat sementara waktu, pemohonan pengiklanan yang baru di laman web saya akan dihentikan sementara waktu sehingga saya kembali (kecuali iklan sebelum ini). Namun begitu, penjualan produk di laman RahsiaNiaga.Com masih tetap 'berjalan' dengan pembayaran HANYA boleh dilakukan melalui Paypal sahaja. Setelah anda bayar, anda akan dibawa ke laman download. Jika anda menghadapi masalah seperti pembayar sudah dilakukan, tetapi barang belum terima, anda boleh menghubungi saudara Mohd Sufian.
Bagi mereka yang ingin menjadi ahli HPA Industries Sdn. Bhd. pula, anda boleh mengirim emel dan bayaran kepada saudara Ridzuan Abd Razak (Pak Wan) yang tertera butirnya di laman Herba HPA. Bayaran ahli HPA bagi tahun 2008 sudah dinaikkan menjadi RM 30. Ahli baru akan mendapat katalog dalam bentuk buku pula sekarang ni. Sebelum ini, ahli lama hanya dapat kit dan katalog yang tidak dijilid. Jadi, ahli lama terpaksa 'cari' fail pula untuk letak katalog. Tetapi, ahli baru dah tak perlu risau dah sekarang. Lagipun, bayaran RM 30 itu hanya sekali sahaja seumur hidup. 'Mata' yang anda dapat hasil pembelian produk dan menaja ahli ahli itum boleh diwarisi oleh pewaris anda sekiranya anda meninggal dunia.
Jadi, bukan nak paksa tapi saya mengesyorkan kepada semua OKU yang masih lagi tercari - cari kerja apa nak buat, masih menunggu panggilan kerja yang masih belum kunjung tiba; rebut la peluang ini (menjadi ahli HPA) sambil menikmati elaun pekerja OKU setiap bulan (elaun ni kena mohon di JKM sebelum Jun dan Disember setiap tahun).
Pesan pada semua OKU, sekarang ni bukanlah masa untuk kita 'menunggu' bantuan datang kepada kita. Cuba lakukan apa yang terdaya. Lihat pada apa yang kita mampu lakukan. Jangan 'melihat' nasib orang yang lebih baik dari kita, tetapi lihatlah mereka 'kurang' dari kita. Semoga kita lebih bersyukur. Tetapi, jangan 'pasrah' sahaja tanpa melakukan apa - apa usaha pun. Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tak berusaha mengubahnya. Jika anda sudah berusaha tetapi belum menampakkan hasil, minta la bantuan. Mungkin akan ada insan yang sudi menolong anda nanti.
Yang penting jangan putus asa. Saya pun tak akan putus asa. Saya akan 'kembali' lagi nanti dengan semangat baru. Insyaallah...
Ikhlas dari,
Labels: diari
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Hubungi saya :
Badruzamani Azmi Manager Valina Rabbitary Agro Farm Bilik 132 Anjung Rahmat Inn Batu 6, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, 53100 Malaysia | Mobile: 0134177752 badruzamani_azmi@yahoo.com | |
nak KAYA kena ada DUIT | ||
Visit MyBlogLog and get a signature like this! |